Tuesday 7 July 2015



CANANG
Canang merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat 'penanda masa' (time marker) dalam ensembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.

Dalam konteks persembahan yang berhubungan dengan teater tradisional ia disertakan secara berpasangan iaitu canang 'ibu' dan 'anak'.

Manakala dalam ensembel bagi mengiringi tarian istana seperti Tarian Asyik, mengikut amalan semasa, canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonik yang mempunyai pic suara yang tepat (definite pitch).

Lazimnya dalam ensembel paluan Asyik, canang yang bernada seperti C, D, E dan G mengikut skala Major, digunakan untuk memainkan 'irama mode' (rythmic mode) yang bersifat minimalism iaitu secara berulang-ulang.

Pada masa kini, dua jenis canang yang sering dihasilkan adalah yang diperbuat daripada besi dan gangsa.

Canang juga digunakan bagi menyebar pengistiharan / titah sultan pada zaman dahulu. Oleh itu ia juga digunakan seperti "Pekara tersebut dicanangnya kepada semua orang.










GONG
Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainanwayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.
Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah gendang Dong Son yang dijumpai di Batu Buruuk, Terengganu pada 1974. Ia dihasilkan sejak 600 BC atau lebih awal sehingga Abad ke-3 dan merupakan salah satu contoh hasil kerja logam budaya itu yang terbaik. Ini merupakan hasil pendedahan dari perdagangan rempah antara India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi dan juga hasil kerajaan Melayu tua seperti Champa, dan banyak nama tempat di Kelantan, dan Terengganu menggunakan nama Gong.
Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.
Di kalangan masyarakat Dayak Sarawak terutama orang Iban, gong yang besar dikenali sebagai "tawak". Gong yang lebih kecil dan nipis dikenali sebagai "bebendai" dan yang paling kecil ialah "engkerumong". Gong bukan sekadar alat muzik tradisional bagi masyarakat Dayak, tetapi mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Gong banyak digunakan dalam upacara-upacara masyarakat Dayak terutamanya semasa Perayaan Hari Gawai, Majlis Perkahwinan dan juga semasa kecemasan. Tarian ngajat misalnya menggunakan gong sebagai alat muzik utama. Pada zaman dahulu gong merupakan harta yang sangat berharga bagi masayarakat Iban di Sarawak.



SERULING HIDUNG
Sarawak
Kaum Kayan dan Kenyah memainkan alat seruling hidung yang dikenali sebagai selengut, sangui ataupun turali. Alat muzik tradisional ini dimainkan dalam ensembel muzik yang termasuk gong dan gendang, yang mengiringi penceritaan tradisional kaum tersebut. Selengut lazimnya digunakan sebagai alat muzik solo. 

Nguru dari New Zealand
Filipina
Di Filipina pitung ilong (seruling hidung dalam bahasa Tagalog) atau kalaleng' dimainkan dengan menggunakan hujung hidung di sebelah kanan atau kiri. Oleh sebab kalaleng panjang dan mempunyai garis pusat dalaman yang kecil, ia dapat dimainkan dengan harmonik berlainana; justeru seruling ini dapat dimainkan dalam lingkungan dua setengahoktaf.
New Zealand
Kaum Maori mengukir nguru daripada kayu, batang labu, dan gigi ikan paus. Nguru lazimnya dihiaskan dengan ukiran rumit kerana ia dianggap objek suci. Walaupun nguru digelar seruling hidung, hanya alat yang kecil dapat dimainkan dengan hidung; alat yang besar lazimnya dimainkan dengan mulut.
Hawaii
Di Hawaii, seruling hidung lazim digunakan sebagai alat meminang.S
Alat dibuat daripada sebahagian buluh dan mempunyai satu lubang untuk nafas dan dua atau tiga lubang untuk not. Panjang alat dalam lingkaran 10–21 inci (250–530 mm).
Mahupun alat ini merupakan alat meminang, ia juga digunakan bersama-sama sorakan, lagu, dan tarian hula.
Afrika
Seruling hidung dimainkan oleh lapan kumpulan etnik di Congo

1. Serunai

Alat tiupan dari jenis-jenis ‘serunai’ yang menggunakan pipit dua lapis (double reed instrument) adalah terdapat di seluruh dunia dan ditakrifkan sebagai alat ‘shawms’. Ia adalah merujuk kepada jenis-jenis alat tiup secara khusus yang mempunyai bentuk seperti ‘kun’ pada pipa melodinya iaitu ‘chanter’ dan menggunakan pipit dua lapis sebagai ‘sounding device’ di India dikenali sebagai ‘Shahnay’, di China dikenali sebagai ‘Sona’, di Sri Lanka dikenali sebagai ‘Harone’ dan di Thailand dikenali sebagai ‘Phi-Nai’. Di Malaysiadikenali sebagai ‘Serunai’. Perkataan ‘Serunai’ berasal dari perkataan ‘Nay’, dalam bahasa Parsi bermaksud tiup. Di Iraq alat ini dikenali sebagai ‘Zurna’. Malah alat-alat ‘Shawms’ yang terdapat di Jepun, Korea, ataupun disemua
 kawasan Asia Tenggara adalah berasal dari keluarga yang sama. Iaitu dari Timur Tengah. Di Maghribi alat ini dikenali sebagai ‘Ghaita’.

Asal usul

Alat tiup jenis serunai, dikatakan berasal dari Parsi. Namun perkembangan awal di Asia Tenggara, adalah dipercayai bermula daripada pengaruh budaya Hindu, yakni sebelum kedatangan Islam dirantau ini. Dimana pendita-pendita mereka dikatakan telah membawa bersama-sama peralatan muzik untuk menjalankan kegiatan dakwah agama mereka iaitu agama Hindu.
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis serunai yang digunakan dalam ensemble untuk mengiringgi Teater Wayang Kulit, Menora, Silat, Tarian Istana dan rakyat serta nobat diraja. Serunai yang terdapat di Malaysia adalah dicipta oleh tokoh-tokoh tempatan yang benar-benar mahir dalam bidang berkenaan. Mereka menggunakan cara tradisional untuk mencipta alat tersebut melalui keupayaan intuitif serta kepandaian yang sedia ada dalam diri mereka. Sungguh pun terdapat perbezaan-perbezaan kecil dari segi ukuran dan bentuk serta hiasannya diantara satu sama lain, namun ianya dicipta berlandaskan kepada prinsip-prinsip akustik yang sama, seperti kegunaan bahan asas dan juga ditebuk secara selari (parallel – bare) dengan bentuk luaran. Kaedah ini sering diamalkan bagi pembuatan alat serunai dari keluarga ‘shawms’ yang terdapat diseluruh dunia.
Bersesuaian dengan nada muziknya, serunai kebanyakannya mempunyai tujuh lubang petik sebagai lubang penjarian dan satu lubang petik sebagai lubang ibu jari, sering juga diungkapkan sebagai ‘lubang jerit’ oleh sebab suaranya yang meninggi itu dan ada kalanya diungkapkan sebagai ‘lubang penggalak’ iatu menghasilkan nada-nada hias yang bersifat riang ataupun galak.
Bagi kebanyakan serunai yang terdapat di Malaysia, di mana pipitnya diperbuat daripada daun lontar yang sederhana tua. Ini bagi menentukan keutuhannya serta untuk mendapatkan jenis ‘timbre’ iaitu mutu suara seperti mana yang dikehendaki. Manakala dalam persembahan ‘Barongan’ yang berkembang dikalangan masyarakat Jawa di Johor terdapat sejenis alat tiupan yang berpipit dikenali sebagai ‘Selumprit’. Alat ini berasal dari Tanah Jawa, Indonesia. Pipitnya diperbuat daripada daun kelapa tua yang telah dikeringkan.
Alat tersebut mempunyai empat lubang petik untuk menghasilkan melodi yang agak terhad tonalitinya, jika dibandigkan dengan serunai yang berkembang di Perlis, Kelantan dan ensemble Silat Kedah. Dalam ensemble paluan Wayang GedekWayang Gedek yang juga berkembang di Kedah, tedapat sejenis serunai yang mempunyai enam lubang petik dan tidak mempunyai kecopong. Serunai ini dikenali sebagai serunai ‘Pemetong’ dan dikatakan berasal dari Kampuchea dikenali sebagai ‘Seralai’. Jenis serunai seperti ini juga terdapat dinegara Thailand, dikenali sebagai ‘Pi-Nay’, pipitnya juga diperbuat daripada dan lontar.
Adapun jenis-jenis serunai yang terdapat di Malaysia, dicipta tidak mengikut satu piawaian yang baku. Dengan demikian ‘timbre’ atau air suaranya berbeza-beza walaupun berkembang dalam disiplin yang sama, seperti yang terdapat dalam ensemble Wayang Kulitdi Kelantan; misalnya. Namun perkara ini tidak pula berlaku pada kebanyakan serunai yang terdapat dalam ensemble Gendang Silat di Kedah dan juga Terinai di Perlis dimana sukatan pic suaranya hampir sama dengan sistem pic barat iaitu ‘Western Tempered Pitch’.
Namun begitu, secara umumnya alat serunai telah mendukung peranan yang terbanyak dalam tradisi muzik rakyat dan juga istana di Malaysia, selain daripada perananya sebagai pembawa melodi dalam genre muzik yang perbagai juga digunakan bagi tujuan perarakan untuk mengiringgi pembesar-pembesar Negara. Dalam ensemble nobat diraja, serunai telah mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi statusnya. Ia digandingkan dengan sejenis alat ‘trumpet’ iaitu nafiri yang memainkan melodi ‘drone’ dalam muzik istiadat seperti pertabalan dan sebagainya 
GAMBUS
Gambus atau qanbūs (Bahasa Arab: القنبوس‎ ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari Yemen dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Sachs berpendapat nama gambus datang dari komuz Turki tetapi ia lebih mirip oud.[1] Terdapat 12 tali (sekarang nylon) yang dipetik menggunakkan plektrum, seperti gitar. Walau bagaimanapun, tidak seperti gitar, gambus tiada mempunyai fret (bilah penentu ruang nada pada alat tali). Kepopularannya merudum pada awal abad ke-20 semasa pemerintahan Imam Yahya, imam mazhab Zaidi dan seorang pemerintah Yemen. Bermula abad ke-21, gambus diganti oud sebagai alat pilihan pemain lut Timur Tengah.
Gambus popular di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Brunei dan Indonesia. Gambus mencetuskan genrenya tersendiri dan dimainkan dalam tarian Zapin sebuah tarian tradisional di negara-negara Asia Tenggara Islam. Ia dikenali sebagai gabusi di kepulauan Comoros dan gabbus di Zanzibar.
Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.




MUZIK TRADISIONAL CINA
SERULING

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai “Zhudi”, disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian.  Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.

PIPA

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

YANGQIN

Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.




ERH-HU
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.

Jenis-jenis alat muzik tradisional

KOMPANG
kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

REBANA
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakatMelayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.

 SAPE
Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga Jute yang beleher pendek dan talinya dipetik. Diperbuat daripada jenis kayu lembut lazimnya kayu meranti. badannya yang panjang ditebuk berperanan sebagai ruang gema untuk menghsilkan bunyi. Ianya dimainkan untuk hiburan serta mengiringi tarian. Sape terkenal dikalngan suku kaum Kayan dan Kenyah.

CANANG
Sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat penanda masa(time marker) dalam enssembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan. Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisionalianya disertakan secara berpasangan iaitu canang ‘ibu’ dan ‘anak’. Kini terapt 2 jenis canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada besi dan gangsa.

GEDOMBAK
Gedombak merupakan gendang dua muka tetapi hanya pada permukaan dasar sahaja yang dipengan dengan kulit. Dalammkonteks persembahan ianya disertakan secara berpasangan iaitu ibu dan anak yang dimainkan oleh du orang pemain seperti dalam persembahan wayang kulit dan menora di kelantan.

GAMBUS
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.