MUZIK TRADISIONAL CINA
SERULING
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di
negara Cina. Ia dinamakan sebagai “Zhudi”, disebabkan ia diperbuat daripada
sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan
untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan
menghasilkan bunyi-bunyian. Alat ini
berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina
ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.
PIPA
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan
dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan
dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan
jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada
4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan
dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau
mengiringi nyanyian.
YANGQIN
Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat
muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya
jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo,
paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat
muzik dan orkestra instrumen China.Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad
pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur
Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman
Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan
yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik
Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa
permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan
Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China.
Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi
alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.
ERH-HU
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga
saiz; kecil, sedang dan besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk
hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu
didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan
manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan
berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.
No comments:
Post a Comment